Jul 12 2009

Lama

Published by nani under Uncategorized

Hehe! Memang dah macam lama Nani tak kemaskini tentang harian Nani. Terlalu letih lah agaknya. Esok Nani akan ada ujian NAPFA. Nani memang sungguh tidak bersedia. Tapi memang tak boleh lari dari ujian ni. Ape boleh buat, bedal saja lah.

Bookmark and Share

No responses yet

Jul 11 2009

Latihan lagi

Published by nani under Uncategorized

 

Hari ini, pada jam 5.30 petang, akan ada satu lagi latihan vokal dan tarian secara berkumpulan seramai kesemua 12 peserta Anugerah. Pastinya amat menyeronokkan! Sudah lama, kami tidak berlatih bersama peserta lelaki. Semakin hari, semakin lain rasanya. Seperti sering dicuit-cuit dan mengenang. Sekarang dah tak boleh berhenti lagi. Bila agaknya ia akan bermula.

Bookmark and Share

No responses yet

Jul 09 2009

Nani Cinta Semua!!!

Published by nani under Uncategorized

ILY!! To everyoneeee!!

Bookmark and Share

No responses yet

Jul 09 2009

Published by nani under Uncategorized

Nobodddddyyyyyyyyy

Bookmark and Share

No responses yet

Jul 09 2009

Letih Lapar Stress

Published by nani under Uncategorized

Nani baru sahaja pulang dari sekolah. Leith nya bukan main lagi, lebih-lebih lagi, semalam pulang lewat dari konti Ria. Sekarang pula, perot terasa lapar, dan tak tahu nak makan apa. Stress pula kerana terlalu banyak benda yang harus dipelajari di sekolah, waktu peperiksaan seperti begitu dekat sahaja. Dan minggu hadapan Nani ade UJIAN NAPFA!!!!! Percaya atau tak, Nani memang tak suka bersenam!!!! Tapi Nani tak mahu gagal ujian ini, sebab nanti harus ambil balek! Hahaha! OKlah, nak cari makan dulu. Salam semuanya.

Bookmark and Share

No responses yet

Jul 08 2009

Blogging di rumah Kak Lis

Published by nani under Uncategorized

Sekarang ini, semua ke due belas peserta Anugerah, sedang shooting di rumah Kak Lis, sambil blogging di rumah Kak Lis. Terima Kasih kepada ibu Kak Lis kerana menyediakan makanan buat kami semua. Kenyang, syukur alhamdulilah. Dari tadi kelaparan, sekarang, dah kekenyangan. Selepas ini, kesemua peserta wanita akan ke Mediacorp untuk temubual di stesen Ria. Apa agaknya telatah kami hari ini. Hehe!! Salam buat semuanya!!

 

Bookmark and Share

No responses yet

Jul 08 2009

Banner khas dari keluarga tersayang

Published by nani under Uncategorized

Tengoklah, betapa cantik nya banner yang keluarga Nani buatkan untuk Nani. Nani sungguh terharu atas susah payah mereka membuat banner untuk menambah semangat sorakkan. Terima kasih semua.

Bookmark and Share

No responses yet

Jul 08 2009

Mencuba yang terbaik

Published by nani under Uncategorized

Nani dah mencuba untuk membuat yang terbaik dan termampu. Tetapi, Nani tidak tahu ape yang telah mengubah semangat Nani, sehingga membuat Nani menangis sebelum membuat persembahan sehingga Nani menelefon keluarga. Pada ketika itu, hati Nani begitu remuk dan hancur tiba-tiba, seperti sesuatu kekosongan yang melanda. Nani mencuba membuat persembahan yang terbaik, dengan menari buat pertama kali dalam persembahan, dan menyembahkan vokal yang terbaik, walaupu suara Nani sedang serak. Alhamdulilah, walaupun banyak yang mengatakan Nani kelihatan seperti tiada mood, Nani menghabiskan seluruh persembahan itu dengan vokal yang tidak terkehel seperti minggu yang lalu. Walau apa pun, Nani mengucapkan terima kasih buat semua penyokong Nani, terutama keluarga tercinta dan terman teman tersayang. Buat masa sekarang ini, Nani hanya mampu berdoa, dan bagi penyokong Nani , turutlah berdoa sama, dan undilah Nani untuk membantu Nani mara ke pusingan seterusnya. Salam sayang semuanya.

Bookmark and Share

No responses yet

Jul 06 2009

Hanya tinggal satu hari sahaja

Published by nani under Uncategorized

Berdebar-debar perasaan menanti esok. Nani tidak sabar untuk membuat persembahan untuk semuanya! Nani ingin merasai kenikmatan membuat persembahan dengan sepenuhnya. Nani akan membawakan lagu Bebas, dari Kak Girl, Kak Rahimah Rahim. Nani mengambil masa yang agak lama untuk menjiwai lagu ini, yang mempunyai unsur marah, manja, dan gembira. Bagi Nani, yang memang tidak mempunyai pengalaman untuk membuat persembahan, Nani mendapati, ia nya agak sukar untuk Nani menari dan menyanyi bersama, tetapi, lagu ini, memerlukan Nani untuk menjadi menjeng, mentel, dan Nani akan melakukan itu. Nani sangat berterima kasih kepada Ibu Bapa Nani yang sanggup melaburkan wang membawa Nani sampai ke JB berhari hari untuk memperbetulkan nyanyian Nani. Nani harus undur diri dulu. Salam semua.

Bookmark and Share

No responses yet

Jul 05 2009

Kepenatan

Published by nani under Uncategorized

Semalam, dari jam 8 malam hingga ke 5 pagi, Nani sibuk menguatkan lagi vokal, dan memperbetulkan tempo serta pitching nyanyian Nani di sebuah tempat jamming di Malaysia. Ia mengambil masa yang teramat lama, dan Nani akan berulang alik ke sana, untuk membuat yang lebih terbaik lagi. Nani ingin mengubah nyanyian Nani supaya jadi lebih mantap dan professional. Supaya apa yang Nani sampaikan, sedap didengari oleh orang ramai. Nani Masih keletihan Nani, tapi kerana semangat yang kental ingin membuat yang terbaik untuk semua, Nani akan melakukan apa jua, untuk memberikan persembahan yang terbaik buat semuanya. Nani harus pergi dulu. Nani sudah buat booking jam 2 petang. Salam semuanya!

                                                         

Bookmark and Share

No responses yet

Next »